Kelas E-Commerce (Pengenalan kepada E-Commerce)

11 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 10 Mac 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas E-Commerce iaitu ‘Pengenalan kepada E-Commerce’ yang bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 8 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai perniagaan atas talian atau E-Commerce.

Antara pengisian semasa kelas ialah pelajar awalnya diterangkan mengenai pengertian umum bagi E-Commerce, konsep-konsep E-Commerce seperti automatik, integrase, promosi, interaksi dan transaksi. Peserta turut diterangkan mengenai karakteristik E-Commerce seperti transaksi tanpa batas, transaksi anonim, produk digital dan non-digital serta produk barang tidak wujud. Di samping itu, peserta turut diterangkan mekanisme E-Commerce serta jenis-jenis E-Commerce seperti Business to Business (B2B), Business to Consumers (B2C), Consumers to Consumers (C2C) dan Consumers to Business (C2B).

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali